Seksyen Sulh adalah salah satu seksyen yang diletakkan di bawah
Bahagian Pendaftaran dan Pengurusan Kehakiman MSWP.
Seksyen ini berperanan untuk menyediakan perkhidmatan sulh kepada pihak-pihak yang bertikai. Pelaksanaan sulh adalah sebagai satu alternatif
yang diwujudkan oleh MSWP dalam mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah. Sebelum melalui proses
perbicaraan, kes-kes bersesuaian yang telah didaftarkan perlu melalui proses sulh terlebih dahulu bagi membincangkan pertikaian-pertikaian yang
dibangkitkan oleh pihak-pihak. Sekiranya pihak-pihak ketika sesi Majlis Sulh berjaya mencapai persetujuan terhadap pertikaian secara damai,
Pegawai Sulh akan menyediakan perjanjian penyelesaian untuk ditandatangani oleh pihak-pihak. Perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani
tersebut akan dihantar ke Yang Arif Hakim di Mahkamah untuk
diendors sebagai satu perintah mahkamah yang mengikat pihak-pihak.
Kewujudan seksyen ini dilihat dapat menyelesaikan kes
dengan cepat dan sekaligus mengelakkan perbicaraan yang panjang.
Perkhidmatan sulh ini ditawarkan di ketiga-tiga wilayah persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Majlis Sulh
“Suatu sesi pengantaraan antara pihak-pihak yang bertikai yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh untuk menyelesaikan kes dengan cara Sulh”
Peruntukan
Undang-Undang dan Rujukan Mengenai Pelaksanaan Sulh
1)
Akta Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Seksyen 99. Sulh.
“Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh pada
mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh untuk menyelesaikan
pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan atau, jika tiada
kaedah sedemikian mengikut Hukum Syarak.”
Seksyen 131. Penghakiman persetujuan.
“Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak, termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.”
Kelebihan Sulh
| 1 | Perundingan
adalah bersifat terpimpin dan bukannya dominasi sebelah pihak. |
| 2 | Segala
yang dibincangkan adalah bersifat kerahsiaan. |
| 3 | Penyelesaian
secara terbuka dan sukarela (keredhaan), bukannya melepas dendam. |
| 4 | Mengekalkan hubungan baik dan saling hormat menghormati. |
| 5 | Menjimatkan kos dan masa. |
| 6 | Mengelakkan perbicaraan yang memakan tempoh yang panjang. |
| 7 | Mempercepatkan
penyelesaian kes. |
| 8 | Kebebasan pihak-pihak untuk berbincang. |
| 9 | Menyelesaikan konflik dan pertikaian dengan cepat. |
| 10 | Mengurangkan trauma. |
| 11 | Menjaga maruah dan aib pihak-pihak. |
Faktor Yang
Menyebabkan Majlis Sulh Berjaya
(1)
Pihak-pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pertikaian mereka di
luar mahkamah.
(2)
Pihak-pihak bersedia memberi dan menerima bagi mencapai penyelesaian
secara damai.
(3)
Pihak-pihak bersedia berunding dengan ikhlas dan terbuka, bukannya
secara emosi atau berniat untuk membalas dendam.
(4)
Pihak-pihak sedar bahawa penyelesaian secara damai adalah demi
kepentingan di masa hadapan.
(5)
Pihak-pihak jelas akan kelebihan dan kekurangan jika tuntutan mereka
dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.
Faktor Yang
Menyebabkan Majlis Sulh Tidak Berjaya
(1)
Salah satu pihak atau kedua-dua pihak tiada upaya untuk membuat
keputusan.
(2)
Tiada komitmen diberikan untuk menyelesaikan pertikaian.
(3)
Tiada persediaan oleh pihak-pihak sebelum sesi sulh bermula.
(4)
Pihak-pihak dipengaruhi oleh pihak ketiga di dalam membuat keputusan.
(5)
Pihak-pihak tidak jelas akan halatuju kes yang difailkan dan tidak
mengetahui akan hak-hak mereka berkait dengan tuntutan yang difailkan.
Tuntutan yang boleh
dibawa ke Majlis Sulh
(1)
Ganti
rugi pertunangan;
(2)
Muta’ah;
(3)
Harta
sepencarian;
(4)
Nafkah
isteri;
(5)
Nafkah
kepada pihak tidak upaya;
(6)
Cagaran
nafkah;
(7)
Nafkah
‘iddah;
(8)
Mengubah
perintah nafkah;
(9)
Tunggakan
nafkah;
(10)
Nafkah
anak;
(11)
Mengubah
perintah jagaan anak atau nafkah anak;
(12)
Mengubah
perjanjian jagaan anak atau nafkah anak;
(13)
Hadhanah;
(14)
Ganti
rugi perkahwinan;
(15)
Hak
tempat tinggal;
(16)
Perintah
supaya hidup bersama semula;
(17)
Perintah
supaya isteri kembali taat kepada suami;
(18)
Mas
kahwin; atau
(19)
Mana-mana
kes yang diperintahkan oleh Hakim yang pada pendapatnya perlu untuk dirujukkan
kepada Majlis Sulh.